BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

STIDC dan STA sumbang PPE bernilai RM2 juta

KUCHING, 21 April (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC) dan Persatuan Industri Kayu Sarawak (STA) hari ini meyumbangkan set peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk barisan hadapan bernilai RM2 juta.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, usaha ini adalah bagi membantu kerajaan negeri dalam usahanya memerangi COVID-19.

“Setiap orang mempunyai peranannya dan diharapkan agar lebih banyak organisasi dan badan-badan, akan turut memberikan bantuan dan menyumbang. Kita semua hadapinya bersama dan marilah kita bersatu dan berharap dan berdoa agar kita semua berjaya melalui masa sukar ini dan menjadi lebih kuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Awang Tengah berkata, PPE tersebut telah di bawa melalui jalan laut dari China dan telah tiba di Pelabuhan Senari Kuching (Pemeriksaan Kastam) hari ini.

“Pada masa seperti ini, di mana keperluan dan permintaan untuk PPE amat besar sekali di seluruh dunia, kita berterima kasih kepada rakan kita di China kerana membantu dan memastikan permintaan dan tempahan kita,” katanya.

Peralatan perubatan pakai buang itu akan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) Sabtu ini.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »