BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Stesen Minyak Petronas Samarahan Express Way hulur 50 pek makanan


PETRONAS dengan kerjasama Stesen Minyak Petronas Samarahan Express Way telah menyumbangkan 50 pek bantuan makanan bernilai RM100.00 setiap pek untuk diagihkan kepada penduduk Bahagian Samarahan yang terputus bekalan makanan semasa penularan wabak Covid-19 ini.  

Bantuan ini telah diserahkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan untuk disalurkan kepada penduduk yang telah dikenal pasti.  

Pek bantuan makanan tersebut adalah cukup untuk menampung keperluan asas sebuah keluarga selama sebulan.

Selain daripada itu, pihak Stesen Minyak Petronas Samarahan Express Way juga tidak lupa menyediakan sedikit sumbangan keperluan asas kepada kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan yang merupakan frontliners dalam menangani krisis Covid-19 ini.  

Sumbangan yang diberikan adalah terdiri daripada 8 kotak penutup hidung dan mulut (face mask), 1 kotak sarung tangan (hand glove), 16 botol (60ml) Hand Sanitizer  serta 2 kotak Nescafe Blend And Brew (White Coffee).

Objektif pemberian sumbangan bantuan makanan ini adalah untuk membantu golongan yang amat memerlukan dan berkeperluan bagi menampung kehidupan seharian mereka.  

Pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan ingin menyampaikan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Puan Nancy Lim Hui Hiok Daripada Stesen Minyak Petronas Express Way dan Encik Kho Ing Choon daripada Indah Mark Petronas Kota Samarahan,  dan pihak PETRONAS Sdn.Bhd Cik Prescila George Likai(Territory manager).  

Selain itu, sumbangan yang serupa daripada pihak NGO amatlah dialu-alukan untuk membantu penduduk setempat.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »