BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

SFC tangkap buaya di Miri Marina Bay

MIRI: Pasukan Swift Wildlife Action Team (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC) menangkap seekor buaya jantan sepanjang sembilan kaki di Miri Marina Bay.

SFC dalam kenyataan memberitahu, mereka menerima aduan daripada orang awam pada 8 April mengenai kemunculan buaya itu di kawasan tersebut.

“Pasukan kami dengan segera memasang sangkar pada 9 April. Selepas empat hari operasi buaya jantan itu berjaya ditangkap.”

“Ia kemudian dipindahkan ke Taman Buaya Benaya demi keselamatan orang awam,” kata SFC.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC Zolkipli Mohamad Aton mengingatkan orang awam agar memaklumkan segera SFC sekiranya melihat buaya di kawasan awam.

“Buaya akan bertindak agresif sekiranya diganggu. Orang ramai boleh menghubungi pejabat SFC terdekat atau hotline 016-8565564/019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8223449/019-8332737 (Bintulu) dan 019-8290994/018-9799778 (Miri).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »