BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Serba Dinamik sumbang makanan kepada penduduk

BINTULU: Syarikat Serba Dinamik Sdn. Bhd. melaksanakan tanggungjawab sosial korporat(CSR) melalui sumbangan sebanyak 2,000 bakul makanan kepada penduduk sekitar Bintulu. 

Pengerusinya, Datuk Abdul Kadier Sahib berkata, pihaknya menyedari kesukaran dan kepayahan penduduk dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 pada masa ini.

"Dua pertubuhan Badan Bukan Kerajaan(NGO) telah membantu mengagihkan bakul makanan ini kepada penduduk," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, dua NGO terbabit ialah Sukarelawan Hikmah Bintulu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam (JAIS) Bintulu dan Skuad Prihatin, Berkhidmat, Berbakti (PBB). 

 "Di samping memberi bantuan kepada golongan sasar kita turut mengagihkan bantuan makanan kepada petugas barisan hadapan,"jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »