BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Seorang mati, 7 kes baharu


KUCHING - Sarawak hari ini merekodkan seorang (1) lagi kes kematian menjadikan
jumlah kematian sebanyak 14 kes.

Mangsa kematian keempat belas merupakan seorang perempuan warga tempatan berumur 47 tahun dari Kuching. 

Kes mula mengalami batuk dan demam pada 2 April yang lalu. 

Kes telah dimasukkan ke Hospital Umum  Sarawak pada 8 April dan disahkan positif COVID-19 pada 10 April 2020. 

Kes telah meninggal dunia pada 12 April jam 7.36 pagi. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Manakala tujuh (7) lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 341 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020. 

Semua 7 kes tersebut dirawat di Hospital  
Umum Sarawak.

Pada hari ini, sebanyak 185 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,525 kes. 

Daripada jumlah itu, 2,091 kes adalah negatif dan 93 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.

Statistik Kes PUI baharu mengikut Daerah.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »