BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sembilan termasuk kanak kanak OKU terperangkap banjir


SEREMBAN, 24 April (Bernama) -- Sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) dari dua buah keluarga, yang terperangkap dalam banjir di Kampung Chalin, Jelebu, dekat sini, malam tadi, diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Balai JBPM Jelebu, Mohd Fazill Mohd Yunus berkata, kesemua mangsa berusia lingkungan dua tahun hingga 35 tahun itu diselamatkan kira-kira pukul 9.15 malam, selepas rumah mereka dinaiki air.

Sebaik menerima maklumat, sepasukan 11 anggota dibantu agensi lain pergi ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat. 

“Mangsa terdiri daripada dua buah keluarga yang mendiami sebuah rumah telah terperangkap selepas rumah mereka dinaiki air kerana hujan lebat sejak pukul 5.30 petang, semalam.

“Paras ketinggian air kira-kira 1.8 meter dan dipercayai banjir ini berpunca dari limpahan air Sungai Kenaboi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Balairaya Kampung Chennah. 

Fazill berkata, banjir itu turut menyebabkan tiga lagi kampung iaitu Kampung Chennah, Kampung Telekung dan Kampung Poum dekat sini, turut terjejas, katanya. 

“Mangsa dari Kampung Chennah dan Kampung Poum melibatkan 41 orang yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah,” katanya. 

-- BERNAMA

Kredit gambar Facebook Polis Daerah Jelebu



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »