BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sejumlah 1.5 juta pelajar IPT terima bantuan "one off" RM200



KUALA LUMPUR, 12 Apr (Bernama) — Kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac serta menuntut di institusi pengajian tinggi dalam negara, akan menerima bantuan ‘one-off’ sebanyak RM200 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

Kementerian Kewangan, dalam senarai soalan lazim mengenai bantuan itu, berkata kategori yang terlibat terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Tingkatan Enam, Matrikulasi serta pelajar Diploma atau setara, termasuk TVET SKM4 dan ke atas.

Bagaimanapun, kementerian itu berkata bantuan tersebut tidak akan diberikan kepada pelajar Malaysia yang berada di luar negara.

“Sekiranya pelajar berpendapat beliau memenuhi kriteria kelayakan menerima Bantuan One-Off, beliau diminta menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik atau Unit Hal Ehwal Pelajar atau Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemas kini dokumen serta maklumat seperti salinan kad pengenalan, nombor akaun bank dan nama bank, salinan penyata atau buku bank serta nombor telefon bimbit atau e-mel,” katanya.

Menurut kementerian itu, bantuan akan disalurkan kepada pelajar yang layak melalui akaun bank masing-masing mulai hujung bulan April 2020 oleh institusi pengajian masing-masing.

Semakan juga boleh dibuat di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik atau Unit Hal Ehwal Pelajar atau Unit Pembangunan Pelajar institusi pengajian masing-masing.
-- BERNAMA

Jemput bertanya

http://www.wasap.my/60185742240
http://www.wasap.my/60195711418


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »