BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak tambah aset ketat kawalan sempadan


KUCHING: Kerajaaan Sarawak telah meluluskan peruntukan tambahan untuk membeli aset bagi mengawal kawasan sempadan Long Singut, Kapit.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan tersebut sebagai usaha memperhebatkan kawalan sempadan yang berpotensi tempat laluan pendatang asing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, langkah tersebut bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dari negara jiran seperti Indonesia tidak merebak ke Sarawak.

Bagaimanpun, beliau tidak menyebut jumlah peruntukan tambahan tersebut.

"Apa yang kita takut jalan tikut tempat laluan pendatang asing, seperti Long Singut, Kapit.

"Kita akan memperhebatkan kawalan di jalan tikus yang menjadi potensi warga asing untuk memasuki Sarawak.

"Justeru saya meluluskan peruntukan untuk menambah alat-alat aset bagi mengawal perbatasan ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata, kerajaan juga menubuhkan jawatankuasa kecil bagi pemantauan serta mengawal sempadan negeri ini dari diceroboh warga asing.

Menurutnya, operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berjalan baik selain situasi di lapangan adalah terkawal.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »