BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak sedia RM16.4 juta untuk bantu 450,000 terima bekalan makanan

KUCHING:  Kira-kira 450,000 rakyat Sarawak menerima bekalan makanan menerusi peruntukan RM16.4 juta.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, setiap kawasan DUN diperuntukkan RM200,000 dan golongan sasaran yang dibekalkan dengan makanan asas ini terdiri daripada Ketua Isi Rumah di kawasan luar bandar dan pendalaman, miskin bandar, dan mereka yang terputus pendapatan kerana PKP.
Menurutnya, semua penerima bantuan makanan ditentukan Jawatankuasa 
Bencana Bahagian/Daerah yang terdiri daripada Residen, Pegawai  Daerah, agensi-agensi Kerajaan, Pusat Khidmat ADUN, dan NGO yang relevan.

"Setakat 1 April 2020, semua Jawatankuasa Bencana Bahagian/Daerah telah selesai mengenalpasti golongan sasaran, dan jumlah rakyat yang akan mendapat bekalan makanan di seluruh Sarawak.

" Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM16.4 juta, untuk membekalkan makanan asas (essential food items) kepada golongan sasaran (target groups) yang memerlukan di seluruh Sarawak," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau menambah, semua Jawatankuasa Bencana Bahagian/Daerah, dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan, Pusat Khidmat ADUN, dan NGO, telah mengenalpasti Pusat Pengagihan masing-masing. 
Katanya, tempahan bekalan makanan juga telah dibuat di semua konstituensi dan 
pengagihan makanan sedang berjalan dengan rancak di semua kawasan.

"Jawatankuasa ini juga telah diminta untuk memastikan pengagihan makanan diselaraskan dengan teratur dan kepatuhan kepada PKP.


"Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 
Negeri Sarawak (KPDNHEP), akan memastikan bekalan makanan 
sentiasa mencukupi di setiap 800 buah Pusat Jualan/Kedai Runcit (Point 
of Sales - POS) di seluruh Sarawak.

"Semua pusat jualan/kedai runcit ini telah dibenarkan beroperasi setiap hari dari jam 7 pagi hingga 4 petang," katanya.

Gambar 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »