BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sanggup gadai nyawa lari dari 'roadblock'

SARIKEI: HANYA kerana mahu meloloskan diri daripada sekatan jalan raya, seorang penunggang motosikal sanggup membuat pusingan berbahaya dengan melawan arus.

Lelaki tersebut lari selepas terserempak dengan anggota polis yang bertugas semasa hendak ke pasar Sarikei pada jam 8:00 malam.

Difahamkan lelaki tersebut yang menunggang motosikal jenis Modenas dalam perjalanan dari Kampung Seberang Sarikei ke pusat bandar Sarikei terkejut apabila melihat kelibat anggota polis melakukan sekatan jalanraya di persimpangan trafik light Jalan Masjid Baru.

Adegan kejar mengejar berlaku oleh kereta peronda polis dan kemudiannya terhenti selepas jambatan ke kampung seberang.

Lelaki tersebut meloloskan diri ke kawasan lapang bersebelahan jambatan di kawasan kampung seberang untuk mengelakkan dari ditangkap.

Pihak polis kemudiannya membawa motosikal yang ditinggalkan di tepi jalan tersebut untuk dibawa ke balai polis Sarikei untuk siasatan lanjut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »