BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Salam Ramadan, patuhi PKP

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyeru semua masyarakat patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandang jumlah korban yang agak tinggi bagi Sarawak.

Menurutnya, usaha sedaya upaya sedang dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

Katanya, tiada penganjuran perhimpunan berlangsung bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

“Saya amat berharap setiap lapisan masyarakat terus patuh kepada PKP memandang jumlah korban yang agak tinggi bagi Sarawak sementara usaha qsedaya upaya sedang dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

“Antara langkah-langkah yang harus terus dipatuhi ialah mempastikan tiada perhimpunan diadakan selagi keadaan tidak mengizinkan dan mengamalkan disiplin diri dari segi kesihatan agar jangkitan dapat dikekang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mana-mana individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19 diperlukan untuk menjalani saringan.
 
"Keadaan semasa tidak membenarkan kita melakukan ibadah puasa atau menyambut perayaan Gawai seperti keadaan biasa dan saya amat berharap kita semua tabah menghadapi segala kekangan semasa berkuat kuasanya PKP.

"Saya dengan kesempatan ini bagi pihak Kerajaan Sarawak ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan kepada seluruh kaum Muslimin di negeri ini. 

"Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Gawai Dayak kepada kaum Dayak memandangkan perayaan Gawai akan tiba tidak lama lagi," katanya.

Kredit gambar Ambrose Cheng 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »