BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Saintis India dan Indonesia bergabung cipta Rapid Test kit 10 minit Covid-19


Singapura - Seorang ahli perniagaan dari Indonesia, Santo Purnama dikatakan berjaya membangunkan alat untuk ujian saringan awal laju yang dapat mengesan virus Covid-19 dalam tempoh 10 minit.

Kit yang dibangunkan oleh syarikat Sensing Self yang berpusat di SIngapura ini dijual dengan harga sekitar Rp160.000 atau RM41 seunit, seperti yang dilaporkan dalam portal berita inet.detik.com.

Mulai dikeluarkan sejak Februari, alat uji cepat Sensing Self ini memperolehi lesen pemasaran di pasaran Eropah (pensijilan CE), India (diluluskan oleh Institut Virologi Kebangsaan dan Majlis Penyelidikan Perubatan India) dan Amerika Syarikat.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, FDA memberikan kelulusan dengan syarat ia dilakukan di institusi perubatan rasmi.

India pula yang mencatatkan beribu-ribu kes positif Covid-19 turut memesan 3 juta unit kit ujian cepat Sensing Self.


Terjejas dengan Peraturan

Sebagai rakyat Indonesia, Santo mahu membawa kit ujian itu untuk membantu kerajaan Indonesia menangani penularan Covid-19. 

Namun selepas lebih empat minggu menunggu,  beliau belum menerima kelulusan daripada pihak berkuasa negara itu.

Sebagai perbandingan, agensi farmaseutikal Eropah hanya memerlukan dua hingga tiga minggu untuk memberi kelulusan.

India pula menghabiskan seminggu menjalankan ujian, pengesahan dan kelulusan akhir.

Menurut Santo, peperangan melawan COVID-19 adalah perang melawan masa, kita mesti melakukan ujian sebanyak mungkin untuk memerangi pandemik ini.

“Justeru kami berharap kerajaan Indonesia melihat inisiatif untuk membawa kit ujian ini ke sana secara positif.”

“Orang ramai boleh melakukan ujian bebas dan kita boleh meminimumkan risiko jangkitan dan mengurangkan beban kakitangan perubatan,” kata Santo sambil menambah ia dijual pada harga pengeluaran kerana ia adalah misi sosial.

Menurut Santo, kit ujian Sensing Self telah dihantar untuk membantu institusi penyelidikan yang terkemuka, seperti Mayo Clinic, University of California San Francisco, dan Chan Zuckerberg Biohub. 

“Kami sentiasa mengekalkan kualiti produk dan ketepatan hasil, kerana kami memahami bahawa alat ini berkaitan dengan kesihatan. Pengesanan awal virus COVID-19 dapat menentukan kehidupan dan kematian," katanya.

Kit ujian asid nukleik ini dapat mengesan dengan ketepatan sehingga 99% pada hari pertama mereka terdedah kepada virus.

Ia dikatakan dapat memberikan hasil pengesanan yang cepat dari kit ujian lain dan tepat kerana ia menggunakan analisis enzim.

Produk ini akan dilancarkan apabila ia siap dalam masa terdekat.

Satu alternatif untuk menguji COVID-19 adalah swab hidung, di mana kaedah ini menelan belanja Rp1.2 juta atau RM266 satu ujian, dan prosesnya mengambil masa sehingga 1 jam, menjadikannya kurang efisien.

Kehadiran kit ujian diri seperti Sensing Self ini dapat membantu kerajaan menyediakan akses kepada orang awam untuk membuat ujian sendiri.

“Apabila positif, pesakit dapat segera melakukan pengasingan atau mendapatkan rawatan. Pasukan perubatan dapat memberi tumpun merawat pesakit Covid-19 dengan simptom sederhana dan teruk, bukan menghabiskan masa menguji ribuan orang,” kata Santo.

Sensing Self adalah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Santo bersama dengan Shripal Gandhi, yang terlibat dalam pengembangan kit uji kesihatan bebas.

Santo mempunyai latar belakang sains komputer dan teknologi dari Purdue University dan Stanford University, sementara Shripal Gandhi adalah graduan terbaik dalam bidang kejuruteraan kimia dan biosains dari University of Mumbai dan University of California.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »