BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rumah roboh, seorang wanita maut

KUCHING: Seorang wanita warga emas maut selepas rumah struktur tidak kekal yang didiaminya roboh dalam kejadian di Lorong Teruntum Dua, Wawasan Jaya, Kampung Semariang Batu di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak memberitahu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya menerima panggilan kira-kira jam 7.25 pagi.

Setibanya pasukan bomba tiba ditempat kejadian, didapati sebuah rumah telah roboh dan terdapat seorang mangsa terperangkap.

“Pasukan bomba memerlukan kira kira 20 minit sebelum dapat mengeluarkan mangsa dari kawasan runtuhan dan dalam keadaan kecederaan parah di bahagian kepala.”

“Mangsa yang dikenali sebagai Hajijah Mahtar, 72, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jurucakap menambah, rumah tersebut adalah jenis struktur tidak kekal berukuran 30' x 15' telah runtuh pada bahagian dapur yang dianggarkan 30 peratus.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »