BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rugi RM8,000 ditipu 'adik palsu'

SIBU: Gara-gara tidak mengenali suara adik sendiri, seorang penyelia syariat mengalami kerugian RM8,000.

Mangsa ditipu seorang lelaki menyamar sebagai adik yang mahu meminta bantuan kewangan untuk membuka perniagaan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, mangsa berusia 24 tahun bekerja ketika menerima panggilan daripada suspek pada 6 April lalu.

Lelaki berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai adik mangsa yang bekerja di Singapura.

Suspek memberitahu mangsa dia akan pulang ke Sibu pada April ini dan perlu meminjam RM8,000 daripadanya sebagai modal untuk membuka perniagaan di sini bersama seorang rakannya.

"Suspek meminta memindahkan wang itu ke akaun temannya kerana akaunnya mempunyai masalah menerima deposit, " katanya dalam kenyataan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mangsa memindahkan wang kepada suspek kerana yakin 'adiknya yang memerlukan wang'.

Mangsa telah menghantar mesej kepada adiknya melalui aplikasi Wechat untuk memberitahu bahawa wang tersebut telah dipindahkan ke akaun.

"Bagaimanapun mangsa terkejut apabila diberitahu bahawa adiknya tidak ada menghubunginya untuk meminjam wang," katanya menambah, mangsa membuat laporan polis sebaik menyedari ditipu suspek yang menyamar sebagai adiknya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »