BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Remaja sesak nafas lari diri dari hospital

KUCHING: Seorang remaja yang melarikan diri ketika mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak(HUS) ditemui orang awam di kawasan Taman Hussien.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komosioner Awang Din Awang Gani berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kes itu jam 4.25 petang semalam.

"Kita menerima maklumat dari orang awam bahawa ada seorang remaja yang ditinggalkan rakannya di kawasan Taman Hussien seorang diri dan meminta polis mengambil tindakan.

"Hasil soal siasat remaja tersebut mengaku telah lari dari hospital," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, remaja terbabit dirujuk ke HUS pada Khamis lali dari Pusat Jantung Kota Samarahan kerana mengadu sesak nafas. 

"Anggota Balai Polis Gita telah ke lokasi yang diberitahu dan membawa balik remaja tersebut ke balai untuk diambil tindakan lanjut,"ujarnya.

Katanya,remaja tersebut telah dirujuk semula ke HUS pada hari yang sama dan telah diambil oleh pihak ambulans.

"Sebagai langkah keselamatan Balai Polis Gita telah buat proses pembersihan nyah kuman dan anggota terlibat diarahkan membuat saringan," jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »