BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Remaja perempuan 13 tahun maut motosikal bertembung 4wd


KANOWIT: Seorang remaja perempuan maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang ditunggang bertembung dengan pacuan empat roda(4WD) Toyota Hilux di Jalan Nanga Ngungun / Nanga Ngemah, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.25 petang itu, penunggang motosikal Modenas , Olivia ak Serani,13, beralamat di rumah Lorie, Nanga Ibau, Kapit, maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Rakannya yang juga remaja perempuan, Shakira Eryka ak Durin,16, pembonceng cedera parah di bahagian kaki dihantar ke Klinik Kesihatan Nanga Ngungun bagi mendapat rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal bersama seorang rakan dalam perjalanan dari arah Nanga Ngungun menuju ke Nanga Ngemah, Kanowit.
 
"Sampai di tempat kejadian motosikal yang ditunggang oleh mangsa telah bertembung dengan sebuah Toyota Hilux dari arah Kapit menuju ke Kanowit. 

"Mangsa tercampak di atas jalan raya manakala motosikal yang ditunggang mangsa terbabas ke sebelah kiri jalan menuju ke Kanowit,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sibu yang kebetulan berada di lokasi kerana hendak ke Kapit.

"Pemandu Toyota Hilux lelaki berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan ini.

"Keadaan jalan adalah berselekoh berbukit, garisan putih lurus tengah jalan, jalan dalam keadaan kering dan cuaca baik,"katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »