BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Remaja hilang di hutan Kampung Berawan

LIMBANG: Remaja hilang setelah keluar rumah dan masuk ke hutan Kampung Berawan, di sini, pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.05 malam tadi dari Balai Polis Limbang.


"Kita dimaklumkan Mohd. Alizam Ali Safari,14, warganegara Brunei Darussalam keluar rumah pada jam 9 pagi.

"Dia memberitahu ibunya merasa bosan tinggal dalam rumah lalu keluar ke hutan belakang rumah dengan membawa sebilah parang dan seekor anjing,"katanya di sini hari ini.

Katanya,sehingga petang semalam hanya anjing dilihat telah balik ke rumah. 

"Bimbang akan keselamatan anaknya, ibunya Rohaina Garip membuat laporan polis,"ujarnya.

Beliau berkata,operasi mencari dan menyelamat(SAR) hari kedua dimulakan jam 8.18 pagi ini.


"Pasukan SAR dipecahkan kepada empat pasukan. Radius pencarian adalah di sekitar kawasan keseluruhan bukit," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »