BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pustaka hasilkan 29 poster dan video pengurusan makanan


KUCHING:  Pustaka Negeri Sarawak telah melakukan pembentangan untuk Kesedaran Masyarakat mengenai Pengendalian dan Keselamatan Makanan sewaktu wabak COVID19.

Pembemtangan dilakukan kepada Dato Sri Hajah Fatimah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti dan Wanita, keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak serta jawatankuasanya mengenai impak wabak COVID19 terhadap usahawan wanita di Sarawak melalui satu mesyuarat dalam talian pada 22 April lalu.

Pustaka Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menghasilkan 29 poster dan empat video untuk kesedaran masyarakat mengenai pengendalian makanan. 

Menurutnya, maklumat ini merupakan bahan yang akan digunakan untuk mendidik masyarakat dan usahawan dalam pengendalian makanan yang betul, dan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan makanan selamat dimakan, sebagai usaha untuk memecahkan rantai penyebaran wabak COVID19.

"Maklumat adalah merangkumi dari peringkat pengeluaran, hingga pengiriman, dan titik penerimaan. 

"Poster dan video ini dihasilkan berdasarkan kepada hasil kajian dan input daripada pakar yang telah melakukan penyelidikan, yang kemudian diterjemahkan ke dalam bentuk infografik agar lebih mudah bagi orang ramai untuk membaca dan memahaminya.


"Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia, bahasa Melayu Sarawak tempatan dan Iban," katanya.

Menurut kenyataan tersebut, bahan maklumat ini akan digunakan oleh UKAS (Unit Komunikasi Awam Sarawak), MLGH (Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan), 11 Bazar FB Ramadan Online Sarawakku Sayang yang didaftarkan dan dipantau oleh MINTRED (Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Perindustrian Terminal & Pembangunan Usahawan Sarawak), SEDC dan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Perkembangan Kanak-kanak. 

Pustaka Negeri Sarawak juga akan menggunakan bahan maklumat ini sebagai bahan untuk menimbulkan kesedaran masyarakat serta mempromosikannya di laman web dan platform media sosial mereka.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »