BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PUSAKA hulur sumbangan berjumlah RM80,000 sempena Ramadan

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Rajang, Jerijeh dan Belawai sempena kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Pengurus Besar PUSAKA,Hashim Bojet berkata,pihaknya dan anak syarikat telah menghulur bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan asas kepada penduduk pada tahun-tahun lepas.

"Pada tahun ini, sejajar dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak PUSAKA dan anak syarikat akan menghulur bantuan berupa wang tunai sahaja. 

"Sumbangan berupa wang tunai ini diberikan sebagai tanggungjawab sosial korporat PUSAKA kepada masyarakat yang kurang berkemampuan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, pada tahun ini seramai 796 penduduk terdiri daripada warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), Ibu Tunggal/balu, Anak-anak Yatim, saudara baru (muallaf) serta golongan yang kurang berkemampuan akan menerima bantuan yang melibatkan sumbangan berjumlah RM80,000.

"Kita berharap penerima menggunakan sebaik-baiknya sumbangan yang diberikan ini untuk membantu meringankan beban golongan asnaf agar mereka turut sama meraikan Ramadan dan seterusnya perayaan Aidilfitri yang akan datang,"ujarnya.

Beliau berkata,PUSAKA akan meneruskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, khususnya kepada mereka yang memerlukan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »