BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Proton Saga rentas sempadan

KUCHING: Cubaan seludup daging lembu beku dan dua guni bawang merah melalui laluan tikus tumpas.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang semalam pasukan Kompeni A
Batalion 11 PGA , Batu Kawa berjaya menahan seorang lelaki berusia 59 tahun yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan barangan ke negara jiran.

Dalam serbuan di kawasan tangki air Bandar Mutiara Tebedu, suspek yang memandu kereta jenis Proton Saga dalam keadaan mencurigakan.
Pemeriksaan dalam bonet kereta tersebut telah menjumpai 
2 guni bawang merah (15kg setiap satu),
2 kotak chicken frankfurter jenama valley fresh (32 paket setiap 1 kotak),
5 kotak daging lembu beku jenama allana fresh frozen beef (20kg x 5 kotak).

Soal siasat lanjut, mendapati suspek mengaku barangan tersebut diseludup masuk ke Indonesia melalui jalan tikus di belakang tangki air Bandar Mutiara Tebedu.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM4784.

Suspek disiasat di bawah Akta Veterinar 1974 (seksyen akan ditentukan oleh pihak veterinar)

Suspek bersama barangan rampasan di bawa balik ke balai polis untuk diserahkan kepada Pihak Veterinar untuk tindakan seterusnya.

Suspek yang ditahan telah diberi jaminan Polis oleh OCS Tebedu, manakala barang rampasan disimpan dalam freezer oleh OCS Tebedu dan akan diserah kepada pihak veterinar pada Isnin ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »