BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis terpaksa kejar individu ingkar PKP

KUCHING: Pihak polis terpaksa bertindak mengejar individu yang cuba meloloskan diri dari ditangkap dalam pemantauan OP COVID-19 di sekitar perumahan Bandar Baru Samariang, petang semalam.

Dalam operasi jam 4 hingga 4.30 petang itu, pihak polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Ronda Bergerak (URB) IPD Kuching serta Angkatan Tentera Malaysia(ATM) melakukan pemeriksaan ke atas seramai 10 individu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata,terdapat juga individu mempunyai alasan munasabah berada di luar rumah bagi tujuan mendapat bekalan barang keperluan dan mempunyai surat dari majikan. 

"Seramai lima individu remaja dan dewasa lelaki berumur lingkungan 15 hingga 35 tahun telah ditangkap untuk siasatan lanjut 

"Ini kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah berada di luar rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,mereka telah ditangkap kerana gagal mematuhi Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan)(No.3) 2020 [P.U. (a) 117/2020] yang telah berkuatkuasa dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11 peraturan yang sama dan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. 

"Kelima-lima suspek akan dirujuk oleh pegawai penyiasat kepada pihak pendakwaraya untuk mohon arahan pertuduhan dan mereka selanjutnya akan dihadapkan ke mahkamah," tegasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »