BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis siasat pekerja asing berpesta songkran

SHAH ALAM, 13 April (Bernama) -- Polis telah memulakan siasatan mengenai tindakan sekumpulan warga asing meraikan pesta Songkran di perkarangan sebuah kilang di Sepang semalam.

Jurucakap Op COVID-19 Polis Selangor, ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata siasatan terhadap kes itu dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kecuaian yang boleh merebakkan jangkitan dan membahayakan nyawa.

"Polis Selangor mengesahkan ada terima maklumat mengenai kejadian itu yang disiarkan melalui Facebook yang memaparkan warga asing merayakan songkran. Setakat ini tiada yang ditahan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sebuah video berdurasi lebih 30 minit yang tular di media sosial menunjukkan kumpulan pekerja asing menari sambil menyanyi dipercayai meraikan festival air atau lebih dikenali sebagai Songkran dan menurut maklumat pada video itu, mereka adalah pekerja di sebuah kilang sarung tangan.

Tindakan mereka menerima kecaman orang ramai kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika negara berusaha membendung penularan wabak COVID-19.
-- Bernama

Gambar hiasan. Kredit gambar mStar

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »