BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis Sabah pasang khemah penyembur cecair pembasmi kuman di semua IPD

KOTA KINABALU, 3 April-- Polis Diraja Malaysia mengambil inisiatif memasang khemah penyembur cecair pembasmi kuman di semua ibu pejabat polis daerah (IPD) termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata kira-kira RM70,000 akan dibelanjakan untuk membayar pembekal yang akan memasang khemah berkenaan di semua IPD seluruh negeri dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.

“Kemudahan tersebut bukan hanya untuk kegunaan warga polis, sebaliknya orang awam yang mempunyai urusan di IPD juga perlu melakukan pembasmian kuman di khemah tersebut sebagai bukti ketegasan pihak berkuasa memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Mengambil kira keadaan dan peningkatan jangkitan COVID-19 yang terus meningkat di Sabah, salah satu yang kita perkenalkan adalah ‘sanitizer tunnel’ (khemah penyembur pembasmi kuman)yang kita sendiri dapat melihat di luar yang mana kita telah mengenal pasti seorang pembekal yang dapat membekalkannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zaini berkata, wang perbelanjaan untuk memasang khemah berkenaan adalah daripada peruntukan RM1 juta yang disumbangkan Kerajaan Negeri Sabah kepada agensi keselamatan di negeri ini.

"Kita ucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Sabah yang tidak putus-putus memberi bantuan dalam bentuk barangan dan sumbangan kewangan, barangan dalam bentuk penutup hidung dan mulut, dalam bentuk sarung tangan, cecair pembasmi kuman,” katanya.
-- Bernama

Gambar fail Polis Terengganu 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »