BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PM Jepun akan isytihar darurat


MOCSCOW, 6 April -- Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe merancang untuk mengisytiharkan darurat di negara itu pada Rabu bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Agensi berita Sputnik yang memetik agensi berita Kyodo pada Isnin melaporkan, seorang pegawai kerajaan berkata, perisytiharan darurat membolehkan pihak berkuasa tempatan mengarahkan penduduk tidak keluar rumah, menyertai majlis awam serta mematuhi garis panduan penjagaan kesihatan diri.

Bagaimanapun,mereka yang gagal mematuhi peraturan dan cadangan berkenaan tidak akan didenda.

Menurut agensi berita itu, perintah darurat itu akan memberikan kesan ke atas bandar raya besar seperti Tokyo dan Osaka.

Abe dijangka berucap pada Selasa dan perintah darurat itu dikuatkuasakan pada Rabu, menurut sumber kerajaan.
Perdana Menteri Jepun itu juga akan memperincikan wilayah mana yang akan menjadi sasaran darurat dan tempoh perlaksanaan perintah berkenaan.

Sehingga Ahad, Jepun mencatatkan 4,563 kes COVID-19, 104 kematian. Di Tokyo sahaja, 143 kes jangkitan baharu dicatatkan, menjadikan sejumlah 1,033 kes direkodkan di kota raya itu. 
--Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »