BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PKP: Saring pekerja setiap hari antara SOP di tapak pembinaan


PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Menyediakan alat saringan suhu badan serta menyaring kesihatan pekerja di tapak pembinaan adalah antara syarat yang perlu dipatuhi kontraktor dan syarikat yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala seperti batuk, sakit tekak dan sesak nafas perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk tapak atau premis pembinaan.

"Selain itu, waktu kerja di tapak pembinaan ditetapkan dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang sahaja, lima hari seminggu," katanya pada sidang media mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) Pembinaan Semasa PKP di sini hari ini.

Turut tersenarai dalam SOP itu ialah kontraktor dan syarikat perlu menyediakan pengangkutan pekerja, memastikan amalan jarakan sosial dan mengurangkan bilangan pekerja ke tahap minimum atau tidak lebih 50 peratus daripada keperluan biasa.

Syarat lain ialah menggalakkan pekerja menyiapkan tugasan “deskjob” di rumah, sebagai contoh tugas perkeranian, mereka bentuk dan tugas lain yang berkaitan.           
- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »