BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PKP dilanjutkan 2 minggu lagi hingga 12 Mei

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi dari 28 April hingga 12 Mei ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada perutusan khas Ramadan sebentar tadi.

Lanjutan itu adalah PKP fasa keempat yang dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini sejak 18 Mac lalu.

Muhyiddin berkata, Ramadan tahun ini lebih istimewa kerana negara berjihad melawan COVID-19.

Menurutnya, ia juga istimewa kerana jihad dan pengorbanan yang dilaksanakan, membuahkan hasil.

"Sejak lebih sebulan yang lalu, kita berjihad melawan COVID 19. Seperti ibadah puasa, kita dikehendaki berjihad melawan hawa nafsu. Kita lalui satu tempoh yang banyak menguji kesabaran dan daya ketahanan kita.

"Kita menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang kita suka. Kita tak keluar berjalan-jalan, kita tak menonton wayang bersama kawan-kawan, kita tak pergi melancong, kita tak makan di restoran kesukaan kita," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »