BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pinjaman tanpa faedah RM1 bilion untuk PKS

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan peruntukan RM1 bilion pinjaman tanpa faedah kepada 40,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Perkara tersebut diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang Fasa 2 (BKSS 2.0) hari ini.

Abang Johari berkata, sehubungan itu, kerajaan akan menyerap faedah berjumlah RM80.7 juta untuk tempoh tiga setengah tahun.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menyerap kos faedah yang akan dikeluarkan kepada PKS menerusi kerjasama bank Maybank, Bank Hong Leong dan Bank RHB, di bawah bantuan khas Bank Negara Malaysia.

"Pinjaman tanpa faedah berjumlah RM1 bilion akan dikenakan untuk PKS.

"Implikasi kewangan daripada kadar subsidi selama tiga setengah tahun adalah RM80.7 juta. Skim ini akan memberi manfaat lebih 40,000 PKS di seluruh Sarawak," katanya selepasa selepas Mesyuarat Ketua Menteri Bersama Menteri Penuh Kabinet di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Abang Johari menambah, semua pilihan untuk pemohon berdasarkan pinjaman perbankan Islam atau konvensional.

Tegasnya, PKS merupakan tulang belakang ekonomi Sarawak yang menyediakan peluang kerja dan peluang perniagaan.

"Di bawah skim ini, semua mendaftar di Sarawak terlebih dahulu serta mematuhi segala peraturan," katanya.

Beliau berkata, pinjaman tanpa faedah yang ditawarkan oleh skim ini melibatkan jumlah dari RM20,000 hingga RM500,000 di mana tiada cagaran diperlukan.

"Syarikat perkongsian dan syarikat persendirian mestilah beroperasi selama tiga tahun dan lebih.

"Untuk PKS yang telah beroperasi kurang dari tiga tahun, mereka masih boleh memilih untuk memohon skim kredit mikro bernilai RM50 juta melalui MINTRED.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »