BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pesuruhjaya Polis dan Pengarah MKN Sarawak positif COVID-19


KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan wabak itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika dihubungi Gago Daily mengesahkan perkara tersebut. 

Selain, itu Douglas juga mengesahkan Pengarah Keselamatan Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara, Sophian Isswandy Bin Ismai juga positif Covid-19. 

Uggah berkata mereka berdua kini dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Sebelum ini Sarawak dikejutkan dengan pengesahan Menteri Muda Pengangkutan, 
Datuk Dr Jerip Susil, Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii dan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang positif Covid-19. 

Uggah berkata dirinya sudah dua kali menjalani ujian, disahkan negatif, namun masih tetap menjalani arahan kuarantin seperti yang ditetapkan bawah Perintah penyakit berjangkit. 

Selain Uggah, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Makanan Sarawak, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Sri Dr Sim Hui Kian, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, Menteri Utiliti Datuk Dr Stephen Rundi, Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Naroden Majais juga dikenakan perintah kuarantin. 

Awang Tengah dan Fatimah sudah memberitahu media ujian mereka negatif. 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »