BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak sewa pesawat khas angkut ubat dan PPE 50 tan dari China


KUCHING: Kerajaan Sarawak melakukan penerbangan pesawat kargo sewa khas yang membawa bekalan perubatan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) 50 tan.

Penerbangan dari Shanghai ke Kuching dijangka tiba pada 3.45 petang ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan urusan terutama pembelian PPE dari China.

"Terima kasih kepada Konsulat Jeneral Republik Rakyat China dan Kerajaan Wilayah Shandong (salah satu daripada tiga Wilayah Persahabatan dengan Sarawak), Jabatan Kesihatan Sarawak, agensi Kerajaan Persekutuan yang mengendalikan semua pembelian dan Ketua Menteri Sarawak yang memperuntukkan RM10 juta untuk pembelian bekalan perubatan dan PPE untuk membantu semua hospital kerajaan di Sarawak," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk membantu hospital-hospital Kerajaan Persekutuan di Sarawak.

Menurutnya, empat lori kontena (panjang 40 kaki) akan digunakan mengangkut bekalan perubatan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) tersebut.
 
Katanya, sepatutnya penerbangan sewa khas tersebut berlepas pada 1 April dari Qindgao namun atas faktor logistik lapangan terbang, bekalan perubatan itu dipindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong sejauh 800 km dari situ. 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »