BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Persatuan gunting rambut bantah buka premis


KUALA LUMPUR - Persatuan Pendandan Rambut Malaysia (MHA) menggesa kerajaan mempertimbangkan semula kebenaran operasi premis gunting rambut dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April depan.

Persatuan itu berkata, semua perniagaan salun rambut sangat tidak disyorkan beroperasi ketika ini atas faktor keselamatan.

Menurutnya, bukan sahaja pelanggan, malah pendandan rambut berada dalam bahaya kerana mustahil kepada pihak terlibat untuk mengekalkan jarak 1 meter, sekali gus menggalakkan penularan koronavirus (Covid-19).

"Ketika penularan wabak berbahaya ini, menggunting rambut tidak harus disenaraikan sebagai perkhidmatan penting kerana perkara yang paling penting sekarang ialah untuk terus hidup.

"Tujuan PKP adalah untuk menyelamatkan nyawa orang, bukan penampilan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kaji selidik ahli-ahlinya, MHA berkata, 91 peratus responden tidak bersetuju kedai gunting rambut meneruskan operasi.

"MHA membantah walaupun diberi kebenaran beroperasi semasa tempoh PKP dan meminta kerajaan mempertimbangkan semula soal kesihatan dan keselamatan semua pihak," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »