BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PERKEPIS berterima kasih kepada kerajaan

KUCHING: Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah membenarkan mahasiswa untuk pulang ke kediaman masing-masing secara berperingkat.

Yang Dipertua PERKEPIS, Muhammad Zhariff Azhari berkata,mahasiswa dinasihatkan untuk terus mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutama dalam tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sehingga 12 Mei depan.

"PERKEPIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang telah
berjuang untuk pencegahan penularan COVID-19. 

"Semoga negara kita berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada Sidang Media Harian COVID-19 Jumaat lalu mengumumkan
kerajaan bersetuju untuk membenarkan pergerakan menghantar pulang pelajar bermula esok hari.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »