BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Perhimpunan ramai tidak digalakkan enam bulan hingga setahun selepas PKP

PUTRAJAYA, 3 April -- Perhimpunan ramai seperti Bazar Ramadan perlu dielak walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 

Beliau berkata ini kerana walaupun tempoh PKP telah berakhir, norma dan amalan kehidupan rakyat Malaysia perlu berubah dan perhimpunan ramai tidak digalakkan dalam tempoh enam bulan hingga setahun. 

"Walaupun selepas PKP dalam tempoh dua minggu lagi, tetapi amalan kita berubah, ia bukan norma lagi. 

"Contohnya tidak bersalam, membasuh tangan dan ada penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, perhimpunan contohnya enam bulan hingga setahun kita akan lihat tak galakkan langsung perhimpunan ramai," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Justeru katanya, perlu ada idea yang kreatif dan inovatif seperti makanan bazar Ramadan yang boleh dihantar ke rumah.

-Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »