BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penunggang motosikal maut kemalangan dengan Land Cruiser

SERIAN: Penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di Batu29 Jalan Kuching/Serian malam ini.

Mangsa yang maut dikenali Bonny ak Jungkot, 35.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.12 malam dan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Land Cruiser dan sebuah motosikal terbalik melintang jalan,"katanya di sini hari ini.

Katanya, penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Pemandu Toyota Land Cruiser hanya mengalami cedera ringan telah dibawa ke balai polis dan mangsa meninggal diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »