BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penjual aiskrim tidak mengaku pukul anak tiri


KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Seorang penjual aiskrim dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan anak tirinya berusia empat tahun.

Tertuduh yang berusia 23 tahun itu  bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera dengan memukul di bahagian muka seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah apartmen, di Desa Aman Puri, Gombak di sini pada 12 tengah hari 10 April lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut  Seksyen 323 Kanun Keseksaan  yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, dan dia juga boleh dihukum  di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntukkan  hukuman penjara sehingga dua tahun,  jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya M.S Arunjothy menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Izzy Aisyah Nabil memohon jaminan rendah dengan alasan dia menanggung keluarga.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun untuk sebutan kes.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »