BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pengusaha burung walit rugi RM10,960 ditipu


SIBU: Terpedaya dengan skim pinjaman tidak wujud di media sosial, seorang 
pengusaha sarang burung walit, di sini, menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian RM10,960.

Mangsa lelaki berusia 38 tahun melayari laman sosial facebook dan tertarik dengan satu iklan pinjaman atas talian sebanyak RM15,000 bagi tujuan pusingan modal perusahaan sarang burung walit yang diusahakannya.

Ketua Polis Daerah Sibu,Asisten Komosioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa menghantar pesanan ke akaun facebook terbabit, pada 24 Mac lalu.

"Mangsa  menerima satu pesanan ringkas yang mengatakan pinjaman mangsa telah diluluskan.

"Bagaimanapun, mangsa diminta untuk membuat pembayaran bagi proses kelulusan pinjaman terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Stanley berkata, tanpa mengesyaki apa-apa, pada 30 Mac lalu, mangsa  membuat satu bayaran ke satu akaun bank atas nama seseorang sebanyak RM760.

"Mangsa juga telah membuat pembayaran secara berperingkat melibatkan empat kali pembayaran berjumlah RM10,200 bermula 31 Mac hingga 2 April lalu.

"Bagaimanapun, mangsa tersedar bahawa dirinya telah ditipu apabila diminta untuk membuat pembayaran berjumlah RM900 lagi," katanya.

Katanya,mangsa kemudian tampil membuat laporan untuk siasatan pihak polis. 

"Modus operasi ialah suspek  memperdayakan mangsa untuk memasukkan wang ke akaun suspek bagi mendapatkan pinjaman wang yang tidak wujud,"katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »