BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penguatkuasaan kini memasuki mod keras - Ismail Sabri



PUTRAJAYA, 2 April -- Penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memasuki fasa 'keras' dalam usaha memastikan masyarakat patuh kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata meskipun terdapat penurunan jumlah penahanan individu dalam pemeriksaan dan sekatan jalan raya, namun masih ramai yang berdegil dalam mematuhi PKP.   

"Mulanya berlembut dan menasihati, selepas itu bertukar kepada tegas dan kini mod pihak polis adalah keras, jadi kita harap rakyat patuh (PKP)," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di sini hari ini.

Mengenai status pemeriksaan dikendalikan polis, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata,  562 individu ditahan semalam berbanding 583 pada Selasa sekali gus menunjukkan terdapat penurunan dari segi tangkapan.

“Jika 3.6 peratus trend penurunan ini menunjukkan pematuhan rakyat kepada perintah, maka ianya adalah satu perkara yang baik dan sebenarnya ditunggu-tunggu pihak kerajaan kerana rakyat telah pun sedar tentang tanggungjawab mereka untuk mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan kerajaan,” katanya.

Sepanjang PKP dilaksanakan sehingga ke hari ini, beliau berkata seramai 4,189 individu ditahan dengan 1,449 individu daripada mereka telah pun dituduh di mahkamah termasuk atas kesalahan mengganggu dan menghalang pihak berkuasa melaksanakan tugas.

Tegasnya, sebanyak 687 sekatan jalan raya telah dilaksanakan semalam melibatkan pemeriksaan terhadap 380,342 kenderaan selain pemeriksaan ke atas 3,791 premis perniagaan.

- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »