BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penghantaran guna helikopter bermula hari ini

MIRI: Penghantaran bantuan makanan oleh kerajaan negeri Sarawak ke kawasan pedalaman yang tidak boleh atau sukar dihubungi melalui jalan darat bermula hari ini dengan penghantaran pertama ke Bario menggunakan helikopter.

Penghantaran itu dilakukan dengan kerjasama pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan kerjasama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan BOMBA, 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, selain Bario bantuan akan dihantar ke kawasan seperti Telang Usan, Baram, Lawas, Sri Aman dan Kapit.

“Seperti yang dimaklumkan oleh pihak TUDM, penghantaran makanan menggunakan helikopter akan mengambil masa dalam 4 hingga 5 hari, tertakluk kepada keadaan cuaca,” katanya semasa sidang media selepas penyerahan simbolik bantuan makanan di Hangar Bomba, Lapangan Terbang Miri hari ini.

Abang Jo menambah, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM16.4 juta, untuk membekalkan makanan asas (essential food items) kepada golongan sasaran yang memerlukan di seluruh Sarawak. 

“Setiap kawasan DUN diperuntukkan RM200,000 dan golongan sasaran yang dibekalkan dengan makanan asas ini terdiri daripada Ketua Isi Rumah di kawasan luar bandar dan pedalaman, miskin bandar, dan mereka yang terputus pendapatan kerana PKP.”

Beliau berkata, semua transporters yang membawa bekalan makanan dibenarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk membuat penghantaran ke seluruh Sarawak tanpa sekatan.

Ujarnya, setakat hari ini semua Jawatankuasa Bencana Bahagian/Daerah, dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan, Pusat Khidmat ADUN, dan NGO, telah mengenalpasti Pusat Pengagihan masing-masing. 

“Setakat 1 April 2020, semua Jawatankuasa Bencana Bahagian/Daerah telah selesai mengenalpasti golongan sasaran, dan jumlah rakyat yang akan mendapat bekalan makanan di seluruh Sarawak adalah seramai lebih kurang 450 ribu orang.” 

Katanya, senarai penerima bantuan makanan ditentukan oleh Jawatankuasa Bencana Bahagian/Daerah yang terdiri daripada Residen, Pegawai Daerah, agensi-agensi Kerajaan, Pusat Khidmat ADUN, dan NGO yang relevan. 

“Tempahan bekalan makanan juga telah dibuat di semua konstituensi dan pengagihan makanan sedang berjalan dengan rancak di semua kawasan.”

Katanya, jawatankuasa ini juga telah diminta untuk memastikan pengagihan makanan diselaraskan dengan teratur dan kepatuhan kepada PKP. 

Dalam pada itu, beliau mahu Jawatankuasa Kecil Rantaian Bekalan Makanan bertanggungjawab memastikan bekalan makanan asas (essential food items) seperti beras, gula, minyak masak dan tepung adalah sentiasa mencukupi dalam tempoh PKP, termasuk pada musim perayaan yang akan datang. 

“Setakat hari ini, semua Jawatankuasa Bencana Bahagian/Daerah,  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sarawak (KPDNHEP), akan memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi di setiap 800 buah Pusat Jualan/Kedai Runcit (Point of Sales - POS) di seluruh Sarawak,” kata Abang Jo.

Semua pusat jualan/kedai runcit ini telah dibenarkan beroperasi setiap hari dari jam 7 pagi hingga 4 petang.

Beliau turut menasihati semua pihak supaya bertenang, bersabar dan sentiasapatuh kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam PKP. 

“Demi kesejahteraan rakyat, Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam menangani cabaran COVID-19 ini. Salam Sarawakku Sayang,” katanya.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »