BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penghantar makanan pukul anggota polis


KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Seorang penghantar makanan ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta menyerang anggota polis dalam kejadian di Pandan Cahaya, Ampang, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata dalam kejadian kira-kira 10 pagi tadi,  lelaki berumur 28 tahun itu yang menaiki motosikal Modenas Kriss bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang menahannya.

“Suspek juga memukul anggota polis menyebabkan anggota itu mengalami kesakitan pada bahagian tangan serta leher,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan akan direman esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta  Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana ingkar PKP.

Hari ini, video berdurasi kira-kira empat minit memaparkan seorang lelaki memukul anggota polis serta enggan memberi kerjasama ketika disoal siasat, tular di laman sosial.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »