BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penghantar makanan ditahan bawa air ketum


KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) – Kegiatan seorang penghantar makanan membawa barang larangan terbongkar apabila ditahan polis dalam sekatan jalan raya di Putrajaya, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata lelaki berusia 20 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan di dalam kotak makanan yang dibawa lelaki itu mengandungi satu botol cecair dipercayai air ketum kira-kira satu liter.

Hasil soal siasat, lelaki terbabit mengaku cecair di dalam botol itu ialah air ketum.

“Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam kesibukan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, polis sentiasa komited membanteras jenayah dan dadah.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »