BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penganggur bawa pisau pemotong daging ke balai


SIBU: Penganggur sedang khayal dadah membawa pisau pemotong daging ke balai polis kira-kira jam 5 petang semalam.

Tindakan lelaki berusia 23 tahun itu, menyebabkan anggota bertugas tergamam seketika sebelum bertindak menahannya.

Ketika membawa pisau terbabit suspek mengalami kesan luka di bahagian tangan kanan selepas dikatakan menumbuk cermin tingkap rumahnya.

Suspek difahamkam mengambil pisau dari dapur rumah dan mendakwa membawa pisau terbabit untuk mempertahankan diri kerana bimbang diserang oleh seseorang.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, semasa kejadian, dua orang anggota berada di dalam balai dan seorang daripada mereka telah mengarahkan suspek mencampak pisau tersebut ke lantai di luar balai.

"Suspek yang dipercayai berada dalam keadaan khayal kemudian diberkas tanpa melibatkan kekerasan dan juga pergelutan.

"Saspek dipercayai berada dalam keadaan khayal kemudian diberkas tanpa melibatkan kekerasan dan juga pergelutan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek kini direman dan dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) untuk tindakan lanjut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »