BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penerima diingat jangan serbu bank - Polis



KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang menerima wang bantuan tidak menyerbu bank di seluruh negara mulai hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor menasihatkan orang ramai tidak menyerbu bank-bank dan mesin pengeluaran wang (ATM) kerana mahu membuat pengeluaran ataupun transaksi perbankan.

Menurutnya, orang ramai diingatkan agar mematuhi jarak sosial atau sosial distancing selain daripada Perintah Kawalan Pergerakan.

“Fasa 1 BPN akan dibayar oleh kerajaan ke bank akaun masing-masing pada hari esok.  Pasti akan berlaku kesesakan di bank dan mesin ATM.

“Orang ramai diseru jangan berpusu-pusu di bank atau di ATM. Anggota Polis akan ditempatkan di lokasi bank yang telah ditetapkan untuk mengawal keadaan semasa.

“Kita mengharapkan orang ramai mematuhi jarak sosial  apabila proses pengeluaran wang di mesin ATM,” katanya dalam temubual di talian oleh TV 3.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi membantu beban kos sara hidup rakyat akibat penularan Covid-19 akan dibuat dalam 2 fasa mulai esok (hari ini) dan Mei depan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »