BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penerbangan ke Sarawak batal sehingga 30 April


KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak bersetuju pembatalan penerbangan ke Sarawak bermula dari 15 hingga 30 April 20 ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak bersetuju keputusan Syarikat penerbangan MAS, Air Asia & MALINDO yang membatalkan penerbangan ke Sarawak 

Beliau berkata, jawatankuasa merasakan bahawa penerbangan dari Semenanjung ke Sarawak dan sebaliknya adalah perlu untuk memenuhi keperluan perjalanan yang penting.

"Oleh yang demikian JPBN Sarawak telah mengarahkan Kementerian 
Pengangkutan Sarawak untuk berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia mengenai isu tersebut," katanya.

Beliau berkata, berlaku penambahan seramai 310 orang rakyat
Sarawak yang tiba dari luar negara / Semenanjung / Sabah /
Labuan hari ini.

Menurutnya, ia menjadikan jumlah keseluruhan seramai 1,063 orang
yang telah ditempatkan di Pusat Kuarantin sebagai PUS (Person
Under Surveillance).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »