BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penduduk Pakan lega tidak berbaris panjang

KUCHING: Penduduk Daerah Pakan boleh menarik nafas lega apabila diberi slip kebenaran perjalanan ke bandar Sarikei tanpa perlu berbaris panjang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kebenaran daripada polis tersebut memberi kelegaan kepada penduduk yang secara purata 150 hingga 250 penduduk yang memohon di Balai Polis Pakan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya menerina 170 permohonan yang selesai diuruskan kira-kira pada jam 7.50 pagi tadi.

Katanya, slip kebenaran perlu diisi nama dan kad pengenalan pemohon, tujuan keluar daerah dan disertakan cop polis, tetapi masa lebih singkat diperlukan berbanding kaedah sebelum ini.

"Setiap pemohon mesti menjaga jarak satu meter dan dalam masa sama borang diedarkan untuk diisi ketika beratur.

"Mereka juga dimestikan memeriksa suhu badan dan di kaunter, polis cuma bertanya tujuan keluar daerah dan jika berpuas hati, slip ini dicop sebagai pengesahan.

"Polis mendapati setiap orang yang datang ke balai mengambil masa antara satu hingga lima minit bagi mengisi borang kebenaran. Proses ini menyebabkan orang ramai beratur lama.

"Mulai hari ini, kita telah memudahkan proses untuk orang ramai mendapat kebenaran merentas daerah di Balai Polis Pakan dengan memberikan slip kebenaran," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tular penduduk akan beratur dalam barisan panjang bagi mendapatkan kebenaran keluar daerah untuk urusan bank dan urusan mustahak yang lain di Sarikei.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.47 Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom sebelum ini menyarankan supaya perlu diwujudkan perkhidmatan ATM dan bank di Pakan bukan sahaja merupakan hasrat yang diimpikan oleh Gerempung Raban Pakan (GRP) malah turut impian bagi Kerajaan Sarawak.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »