BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penduduk Bintangor patuhi jarak sosial

BINTANGOR: Rata-rata penduduk sekitar Bintangor Meradong pagi tadi membuat transaksi pengeluaran di bank-bank sekitar pekan Bintangor.
Apa yang menariknya, penduduk di situ mengamalkan 'Jarak Sosial atau Sosial Distancing' dan tidak mustahil daerah Bintangor Meradong masih dikategorikan sebagai kawasan 'hijau' bebas daripada Covid-19.
Terdapat buah 3 bank yang beroperasi di pekan Bintangor tersebut iaitu BSN, Hong Leong Bank dan Public Bank untuk orang ramai melakukan transaksi pengeluaran.
Tinjauan pada pagi tadi mendapati orang ramai mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh petugas-petugas Rela yang mengawal keadaan semasa.
Berikutan pengumuman pada sidang media lepas, Pakej Bantuan Prihatin (BPN) telah dikreditkan ke akaun semua penerima yang layak bermula dari 6 April hingga 12 Apri 2020 untuk Fasa 1.

Manakala untuk Fasa kedua akan dikreditkan pada 13 April hingga 15 April 2020.

Kerajaan telah memperutukkan sebanyak RM10 billion untuk membantu kos sara hidup rakyat akibat bebanan dan kekakangan pergerakan penularan Covid-19.

Foto kredit: Rashid Umar

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »