BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pemborong kantoi sorok gula, minyak masak dan gula

KUCHING:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak melaksanakan pemeriksaan harian di premis-premis perniagaan utama seperti di pasaraya besar, pemborong utama, mini market, kedai-kedai runcit dan lain-lain kategori premis perniagaan di negeri in.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Sarawak Mohd Hanizam Kechek berkata,rutin pemeriksaan harian itu bagi memastikan barangan kawalan keperluan utama seperti gula, minyak masak dan tepung gandum sentiasa berada di pasaran dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

"Khamis lalu sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDNHEP Sarawak telah membuat pemeriksaan ke atas premis perniagaan di sekitar jalan Kuching – Serian dan sekitar kawasan Siburan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati satu premis peniaga borong yang menjual barangan kawalan utama seperti gula, minyak masak dan tepung gandum tidak menyelenggara buku stok dan telah disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 13 (1) Perintah Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Bagi menjalankan siasatan lanjut, pihak kementerian telah menyita lesen borong, salinan invois dan salinan rekod jualan bagi barangan gula, minyak masak dan tepung gandum premis berkaitan,"ujarnya.

Katnya, di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, jika disabitkan kesalahan
individu boleh didenda sehingga RM1,000,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya
Syarikat atau Pertubuhan Perbadanan boleh didenda sehingga tidak melebihi RM3,000,000.

Untuk rekod statistik, bagi 1 Januari sehingga 4 April 2020, KPDNHEP Sarawak telah melaksanakan pemeriksaan premis sebanyak 12,754 premis perniagaan meliputi bandar dan luar bandar, telah menghasilkan keseluruhan kes sebanyak 387 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM2,409,179.71 dan jumlah kompaun sebanyak RM71,150.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »