BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pemandu treler maut, motosikal rempuh tiang lampu

BINTULU:Pemandu treler maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu pembahagi jalan di Jalan Nabau, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa yang maut dikenali Andrea Adrian Sera, 25,beralamat di Berek A6, Berek Lembaga Ari Utara (LAKU) Jalan Nyabau.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,semasa kejadian mangsa dalam perjalanan balik ke kediamannya.

"Impak yang cukup kuat dari rempuhan itu turut menyebabkan motosikal ditunggang mangsa remuk teruk,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan ditemui orang awam dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan.

 "Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bintulu,"ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »