BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pemandu lori roti ingkar PKP


BAU: Pemandu lori roti dari Kampung Semban,Jalan Bengoh, Padawan ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Anak Nyaon berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah pada jam 11 pagi semasa menjalankan tugas pemantauan PKP di sekitar kawasan tanggungjawab di Jalan Dahan Estates, di sini.

"Anggota dan pegawai kita menahan sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki seorang lelaki.

"Dia gagal memberi alasan yang munasabah serta tiada sebarang dokumen kebenaran pergerakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,amaran telah dikeluarkan sebanyak tiga kali kepada suspek, dan telah gagal memberikan alasan yang munasabah dan didapati ingkar arahan PKP.

"Subjek ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2020)," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »