BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pelajar universiti kekal di kampus PKP dilanjutkan

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan pelajar universiti akan dikekalkan sekiranya perintah itu memasuki fasa ketiga.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelajar universiti akan tetap berada di dalam kampus dan mereka tidak boleh pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Sekiranya (PKP) masih berjalan... SOP akan berjalan seperti biasa iaitu pelajar akan kekal di kampus dan mereka akan dibekalkan makanan," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan keresahan ibu bapa yang mahukan anak mereka pulang sekiranya PKP bersambung minggu hadapan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »