BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pelajar Unimas mangsa ke 13 maut Covid-19 di Sarawak


KUCHING - Sarawak hari ini merekodkan seorang (1) lagi kes kematian menjadikan jumlah kes kematian di Sarawak sebanyak 13 Kes. 

Mangsa kematian ketiga belas merupakan seorang perempuan berumur 23 tahun adalah seorang pelajar di Universiti Malaysia Sarawak yang tinggal  di Kota Samarahan. 

Kedua ibu bapanya juga telah disahkan positif COVID- 19. 

Kes telah menghadapi kesukaran untuk bernafas pada 30 Mac yang lalu dan telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Umum Sarawak pada hari yang sama dan meninggal pada 09 April jam 9.42 pagi. 


Manakala enam (6) lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 312 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020. Daripada 6 kes tersebut, 5 kes dirawat di  Hospital Umum Sarawak dan 1 kes di Hospital Bintulu. 


Pada hari ini, sebanyak 141 kes baharu Person Under Investigation (PUI)
dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,005 kes. 

Daripada jumlah itu, 1,548 kes adalah negatif dan 145 kes PUI masih menunggu  
keputusan makmal.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »