BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pasukan Tindakan Covid-19 bantu pengurangan kes positif - Uggah


KUCHING, 19 April (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melalui empat pasukan bertindak yang ditubuhkannya Selasa lepas, akan terus berusaha membantu pihak berkuasa mengurangan kes positif COVID-19 di negeri itu.
Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, usaha berterusan itu perlu untuk mempercepatkan pendataran lengkungan kes positif COVID-19 di Sarawak.

Katanya hari ini terdapat lima kes positif baharu direkodkan di Sarawak, berbanding enam kes semalam.  

“Tindakan pertama yang diambil pasukan bertindak ini adalah mengenal pasti semua kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang belum disaring, agar mereka tampil untuk menjalani ujian saringan dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya pasukan bertindak ini juga akan menjalankan aktiviti mengesan dan mengenal pasti semua kontak di Bahagian Kuching terlebih dahulu, memandangkan bilangan yang terbesar terdapat di bahagian ini.
 
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sarawak berkata, JPBN juga telah mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri untuk menghubungi kontak-kontak rapat melalui panggilan telefon, selain memberikan arahan-arahan yang berkaitan.

 “Adalah menjadi harapan, agar semua kontak berkaitan memberi kerjasama baik untuk menjawab panggilan telefon yang akan dibuat nanti dan mematuhi semua arahan yang diberikan,” katanya.

Untuk rekod, setakat ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengenal pasti seramai 6,022 kontak di bahagian Kuching dan 3,538 daripadanya, telah menjalani ujian saringan, manakala 2,484 lagi belum menjalani ujian itu.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »